Sedar x sedar hari ni dah puasa kelima. Sekejap je masa berlalu..oleh itu janganlah kita mensia-siakan masa yg kita ada..ingat lima perkara sebelum lima perkara..masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit. lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.. Perbanyakkanlah amalan ibadah kita ambillah peluang di bulan Ramadhan yang mulia ini utk kita memanfaatkan sepenuhnya bulan yang Allah berikan khas untuk umat Nabi Muhammad SAW..
Alhamdulillah penjualan BCR di Restoran Kunang-kunang semakin menggalakkan dan permintaan yg tinggi daripada customer yg makan berbuka puasa di situ.. Nak promote Restoran Kunang-kunang sikit..kalau anda inginkan sesuatu kelainan untuk juadah berbuka anda bolehlah mencuba "resepi dari dapur nenda" untuk buffet berbuka puasa di restoran Kunang-kunang yg terletak di Gombak menghala ke tol karak..cubalah nikamati keenakkan berbuka puasa di sana dengan suasana yg tenang, romantik dan suasana dalam taman..sesuai untuk keluarga..terdapat kemudahan surau. tandas dan stesen minyak. Sapa-sapa yg makan di sana nanti bolehlah cuba dapatkan BCR untuk anda nikmati resepi yg baru kerepek pisang bersalut coklat.
BCR juga di jual di Bazar Ramadhan Gombak Setia berdekatan dengan Petronas di jalan Gombak depan Masjid As-Syakirin..Abda bole mendapatkan BCR betul2 di depan Petronas dan di hujung tapak Bazar Ramadhan..Kepada yg teringin nak rasa makan kerepek pisang di salut dgn coklat bolehla membelinya di sana. Lagi satu sebelum terlupa saya juga ada menjual minyak wangi tanpa alkohol keluaran Munif Hijjaz kalau anda nak beli secara online boleh klik kat sini http://www.stormreaders.net/amrjemi wangian antarabangsa tanpa alkohol memang bagus utk anda pakai waktu solat..
Insyaallah juga BCR akan sampai ke Penang melalui agen saya..xdelah member sy org KL tapi tiap2 minggu dia kena balik sana pasal isteri dia keje kat sana jadi dia akan menjual BCR melalui isteri dia yg bekerja di sana..Oklah apapapun yg penting disamping sesibuk manapun dengan pekerjaan kita tapi bila sampai waktu solat baiklah kita mengerjakan solat terlebih dahulu..dunia ini sementara tapi akhiratlah tempat yg kekal abadi...Wassalam..
Welcome, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan to My Blog
Banana Cocoa Roll adalah nama baru yang diberikan oleh MHSB untuk produk IKS yang dikomersialkan. Nama tradisional produk ini ialah kerepek pisang gulung bersira. Pihak MHSB bersama usahawan IKS coklat membuat perubahan resepi dengan menyadurkannya dengan coklat premium dan menjadikan produk ini bertambah enak dan naik dari segi nilai tambahnya. Dengan inovasi resepi yang baru ini maka produk ini dinamakan sebagai Banana Cocoa Roll.
Dengan kerangupannya dan berperisa coklat, Banana Cocoa Roll ini akan membuatkan anda tidak berhenti mengunyah apabila mula memakannya. Daripada "Food Survey Test" yang kami lakukan, rata-rata yang mencuba produk ini mengatakan inilah makanan ringan yang betul-betul "Layan" bila kita menikmatinya. Jika anda penggemar coklat, nahhh...pastikan anda menyimpannya di rumah atau di pejabat anda.
Jumaat, 5 Ogos 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan