Welcome, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan to My Blog


Banana Cocoa Roll adalah nama baru yang diberikan oleh MHSB untuk produk IKS yang dikomersialkan. Nama tradisional produk ini ialah kerepek pisang gulung bersira. Pihak MHSB bersama usahawan IKS coklat membuat perubahan resepi dengan menyadurkannya dengan coklat premium dan menjadikan produk ini bertambah enak dan naik dari segi nilai tambahnya. Dengan inovasi resepi yang baru ini maka produk ini dinamakan sebagai Banana Cocoa Roll.
Dengan kerangupannya dan berperisa coklat, Banana Cocoa Roll ini akan membuatkan anda tidak berhenti mengunyah apabila mula memakannya. Daripada "Food Survey Test" yang kami lakukan, rata-rata yang mencuba produk ini mengatakan inilah makanan ringan yang betul-betul "Layan" bila kita menikmatinya. Jika anda penggemar coklat, nahhh...pastikan anda menyimpannya di rumah atau di pejabat anda.








Sabtu, 30 Julai 2011

Perniagaan , Kewangan & Pendapatan

Baru di pasaran Banana Cocoa Roll produk keluaran Munif Hijjaz Sdn. Bhd. Anda seharusnya mencuba rasa keranguppan kerepek pisang yang bersalut coklat berkualti premium terbukti kesedapannya melalui test food survey kami. Rasanya yang enak membuatkan anda dan seisi keluarga anda tidak berhenti mengunyah. Sesuai untuk dijadikan juadah Hari Raya dan sepanjang masa.

Banana cocoa roll dibungkus dengan dua jenis pembungkusan.
Bagi pax family 500gm dengan harga RM 25.00
Bagi pax untuk dijadikan hadiah 200gm dengan harga RM 16.00

Peluang Perniagaan Terbukti
Peluang perniagaan juga dibuka bagi anda ingin menambah pendapatan mendapat wang yang lumayan hasil daripada menjual produk ini. Keputusan yang anda ambil untuk menjadi pengedar dengan menceburi perniagaan ini akan membuatkan insan tersayang dan di cinta akan terbukti memberikan kebahagiaan buat keluarga anda.

Ketahui Kelebihan/Manfaat Produk Banana Cocoa Roll
Antaranya ialah:
-Boleh dinikmati seisi keluarga anda pada bila-bila masa
-Rasa coklat yang berkualiti dan terbukti kesedapannya
-Produk tiada saingan
-Boleh dijadikan hadiah untuk hantaran perkahwinan dan dimasukkan ke dalam hamper
-Menjadi pengganti kepada makanan ringan yang lain

Saya yang baru sahaja menjalankan perniagaan ini hanya pada 1 hari sahaja mendapat jualan dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan yang telah merasa keenakkannya. Hasil jualan meningkat wang keuntungan berlipat kali ganda sungguh tidak disangka-sangka. Terbukti menjadi kegilaan peminat coklat yang inginkan pembaharuan. Pendapatan anda akan terjamin hasilnya jika anda berminat menjadi pengedar dengan menjalankan perniagaan produk baru ini.


Ketahui dengan lebih lanjut ambil keputusan bijak jika anda ingin membuat pembelian produk ini dan juga jika berminat menjadi pengedar hubungi nombor mudah saya di talian 0129760024-daudmohamad-



Saya juga baru sahaja menjalankan perniagaan ini dan terbukti dengan hanya mempromosikan produk ini pada satu hari sahaja saya menerima keuntungan dengan mendapat wang yang sungguh tidak disangka-sangka hasilnya kerana produk tiada saingan, unik dan diminati semua peringkat umur.


Bagi anda yang ingin membuat tempahan untuk pembelian dan penghantaran terus ke rumah pada bila-bila masa yang sesuai minima 10 pax campur-campur akan dikenakan kos penghantaran sebanyak RM 0.50 sen setiap satu pax . Anda juga boleh mendapatkan terus di tempat saya Wangsa Maju SeksyeN 4.

Tips Menjalankan Perniagaan

Anda membuat jualan terus kepada pelanggan anda
Perniagaan boleh dijalankan di internet melalui FB,BLOG,EMAIL dan lain-lain lagi pengiklanan di internet secara percuma dan berbayar.
Melantik ejen di beberapa lokasi yang strategik
Kongsikan produk baru ini kepada semua golongan
Perniagaan sasaran kepada peminat yang cinta coklat

Kerepek ubi dan pisang| jutawan kerepek online
Kerepek ubi dan kerepek pisang memang sedap? Sudah tentu sedap dan rangup sekali makan. Ari tu ada seorang penjual kerepek datang ke rumah berjualan kerepek dengan menggunakan basikalnya keliling kampung. Atuk nek saya beli ler dua bungkus. Esok lusa dia datang lagi nak berjualan. Tapi taknak beli untuk hari kedua dia datang… Lepas tu tak nampak pulak kelibat dia minggu ini… katanya kalu datang hari-hari tak laku laa.
Habis tu macam mana nak suruh laku?
Waduuh… Cakap pasal kerepek pulak? Kerepek memang popular sana sini. Makanan ringan yang paling popular lagi tradisional. Sejak dari zaman tok nenek dulu laa. Bahkan zaman jepun dulu kala makan kerepek ubi kayu, kerepek pisang dan lain-lain jenis kerepek yang dihasilkan oleh mereka yang berminat untuk sarapan sekeluarga atau untuk buat jualan.
Kini cara penghasilan kerepek sudah berbeza dari zaman tok nenek kita dulu nuuun. Ia sudah berubah dengan menggunakan mesin dan juga peralatan tambahan yang lain untuk memudahkan segala urusan menghasilkan kerepek dengan lebih cepat lagi.
Saya pasti ramai yang berminat dengan kerepek yang merata-rata kat pasaran sekarang ini.Anda boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sambilan jika anda mahu. Jika nak lebih ekstrem lagi dah tentu anda boleh memulakan perniagaan kerepek pisang dan kerepek ubi secara online.
Apa yang dapat diperhatikan ramai juga yang mencari berkenaan dengan kerepek. Apa kata anda semua geng-geng cyber menggunakan perkataan kerepek ubi dan kerepek pisang untuk mencari maklumat dalam ruangan search sehingga mencecah angka jutaan carian. Buat masa nih angka carian kerepek masih lagi ditahap merangkak-rangkak.
Memang ada carian kerepek tersebut, tetapi tidak begitu popular. Dan jika ia dapat dipopularkan dengan lebih ekstrem lagi, dah tentu anda akan membantu mereka yang bergiat dalam industri berkenaan lebih maju lagi. Takkan nak buat duit dengan bisness digital je. Produk yang anda terkadang beli terkadang tidak, takkan tak boleh nak nolong sikit pun…
Mungkin selepas ini angka carian akan lebih meningkat naik lagi. Anda boleh cari duit secara sambilan untuk membantu mereka memasarkan produk kerepak ke seluruh negara. Ataupun boleh buat secara francise. Siapa sokong taip kerepek sekarang…


Cara Nak Buat Kerepek Pisang

Teknologi Makanan hari ini akan berkongsi dengan anda cara nak buat kerepek pisang. Kerepek pisang amat mudah untuk kita buat dan boleh memberikan hasi pulangan yang lumayan terutama pada musim perayaan dan saya ada dengar katanya harga kerepek pisang tandok sekilo mampu mencecah RM12 pada raya puasa yang lalu dan masaalahnya bekalan tak cukup !. Bukan tak laku !.

Teknologi makanan yang terlibat dalam membuat kerepek pisang ini bermula daripada aspek pemilihan jenis pisang yang sesuai untuk buat kerepek. Tidak semua pisang sesuai untuk buat kerepek pisang kerana rasanya akan menjadi tidak sedap. Jenis pisang yang paling sesuai untuk buat kerepek adalah pisang tandok namun bekalan kurang dan harga agak mahal. Ini kerana sifat pisang tandok itu sendiri berbuah dak de la banyak untuk setandan. Selain pisang tandok, pisang abu atau nipah dan pisang nangka serta pisang buluh juga biasa dibuat kerepek.

Untuk membuat kerepek pisang ini, pisang yang matang dipilih kerana berdasarkan teknologi makanan pisang yang masak tak sesuai buat kerepek kerana pisang masak lembik dan juga kandungan gula tinggi jika digoreng,gula akan menghitamkan pisang kerana dah jadi karamel.

Cara nak buat kerepek pisang ini amat mudah dan bahan lain yang diperlukan adalah kualiti, minyak masak, sedikit garam, dapur, pemotong pisang atau slicer atau nak mudah pemarut atau dikenali juga sagat.

Teknik teknologi makanan untuk buat kerepek pisang adalah minyak dimasukkan kedalam kualiti dan dipanaskan hingga benar - benar panas. Pisang matang dibuang kulit dan terus disagat atau di 'slice' nipis kedalam kuali dan digoreng hingga warna kekuningan.

Pisang yang telah siap digorengkan ditoskan kemudian disejukkan. Jika nak masin pada rasa pisang, boleh gaul dengan sedikit garam dan dibungkuskan dalam plastik untuk makan sendiri ataupun untuk dijual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan