Welcome, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan to My Blog


Banana Cocoa Roll adalah nama baru yang diberikan oleh MHSB untuk produk IKS yang dikomersialkan. Nama tradisional produk ini ialah kerepek pisang gulung bersira. Pihak MHSB bersama usahawan IKS coklat membuat perubahan resepi dengan menyadurkannya dengan coklat premium dan menjadikan produk ini bertambah enak dan naik dari segi nilai tambahnya. Dengan inovasi resepi yang baru ini maka produk ini dinamakan sebagai Banana Cocoa Roll.
Dengan kerangupannya dan berperisa coklat, Banana Cocoa Roll ini akan membuatkan anda tidak berhenti mengunyah apabila mula memakannya. Daripada "Food Survey Test" yang kami lakukan, rata-rata yang mencuba produk ini mengatakan inilah makanan ringan yang betul-betul "Layan" bila kita menikmatinya. Jika anda penggemar coklat, nahhh...pastikan anda menyimpannya di rumah atau di pejabat anda.








Baru di Pasaran dan Pertama di Malaysia

MUNIF HIJJAZ SDN BHD MAJU SETAPAK LAGI

Munif Hijjaz Sdn Bhd (MHSB) melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan apabila mengeluarkan produk berkonsepkan makanan, Banana Cocoa Roll di bawah label Munif Hijjaz.

Pengarah Urusan MHSB, Abdul Malek Manap berkata, Munif Hijjaz Banana Cocoa Roll adalah kerepek pisang ulung bersira dan berbijan disalutkan dengan coklat dan telah berada di pasaran sejak 18 Jun lalu.
“Banana Cocoa Roll adalah resepi baru dan merupakan produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang pertama dipasarkan oleh MHSB ke seluruh negara.”

“Produk berasakan makanan ini dikeluarkan di bawah “Program Penjenamaan Produk Muslim IKS” yang mana MHSB bekerjasama dengan usahawan muslim,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Banana Cocoa Roll dikeluarkan dalam dua jenis pembungkusan iaitu ‘Premium Pack’ dan ‘Family Pack’.

“Premium pack bersaiz 200 gram dengan harga RM16 sesuai digunakan begitu sahaja atau dimasukkan ke dalam produk hamper.”

“Bagi Family Pack (500 gm) pula, ia berharga RM25 yang mana ia memberikan lebih nilai untuk sajian di pejabat, tetamu dan sekeluarga di rumah,” katanya.

Menurutnya, Banana Cocoa Roll adalah produk yang sesuai dijadikan sebagai pilihan.
“Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui pos bagi mereka yang berada di Semenajung Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, MHSB akan menggunakan stokis dan pengedar Munif Hijjaz Perfumes yang sedia ada untuk memasarkan produk ini.
“Produk ini menggunakan label Munif Hijjaz dan akan mengalami perubahan pembungkusan yang lebih menarik lagi.”

“Selain itu, kami akan mempromosikan produk ini melalui pengiklanan di akhbar dan promosi di majalah bagi menarik pengedar baru yang berminat untuk menambah pendapatan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, bagi mereka yang berminat untuk menjadi stokes dan pengedar bolehlah hubungi talian 012-9760024 atau email kepada are_out2001@yahoo.com.au

“Diskaun menarik akan diberikan bagi memastikan anda mendapat pendapatan yang lumayan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan