Welcome, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan to My Blog


Banana Cocoa Roll adalah nama baru yang diberikan oleh MHSB untuk produk IKS yang dikomersialkan. Nama tradisional produk ini ialah kerepek pisang gulung bersira. Pihak MHSB bersama usahawan IKS coklat membuat perubahan resepi dengan menyadurkannya dengan coklat premium dan menjadikan produk ini bertambah enak dan naik dari segi nilai tambahnya. Dengan inovasi resepi yang baru ini maka produk ini dinamakan sebagai Banana Cocoa Roll.
Dengan kerangupannya dan berperisa coklat, Banana Cocoa Roll ini akan membuatkan anda tidak berhenti mengunyah apabila mula memakannya. Daripada "Food Survey Test" yang kami lakukan, rata-rata yang mencuba produk ini mengatakan inilah makanan ringan yang betul-betul "Layan" bila kita menikmatinya. Jika anda penggemar coklat, nahhh...pastikan anda menyimpannya di rumah atau di pejabat anda.








Selasa, 2 Ogos 2011

Banana Cocoa Roll di Restoran Kunang-kunang Gombak

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan hari kedua  buat semua kwn-kwn dan kepada customer2 yang mengikuti blog ini.. Semalam 1.8.11 sy telah berjumpa dengan member sekolah sy En. Syamsul Hisyam bin Noordin merupakan owner Restoran Kunang-kunang di Gombak exit ke tol karak. Saya telah membuat food test banana cocoa roll untuknya, alhamdulillah katanya memang sedap dan suatu yang baru xpernah lagi jumpa kerepek pisang bersalut coklat..

Setelah itu sy berbincang dengan Syam untuk sy mendapatkan tempat bagi membuat jualan Banana Cocoa Roll di Restoran Kunang-kunang. Setelah mendapat persetujuan Insyaallah bagi sesiapa yang belum mencuba BCR ini boleh mendapatkannya mulai Khamis 4.8.11di Restoran Kunang-kunang  dari jam 5ptg hingga 1230mlm anda boleh membelinya terus di kaunter pembayaran.

Kepada sesiapa yg berminat untuk menjadi agen atau ingin membeli terus dari saya bolehlah hubungi sy di talian 0129760024 atau email kpd amrjemi@gmail.com untuk membuat tempahan. Juga sesiapa yg ingin membeli majalah, buku-buku agama, bahan ilmiah seperti solusi, al-quraan dan lain-lain lagi bolehlah klik kat saya punya favourite web http://www.stormreaders.net/amrjemi kat situ anda boleh membeli secara online xkira la anda berada di mana sekalipun apa yang anda inginkan dari web site itu pasti akan dapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan