"Cara paling mudah untuk berjaya di Internet adalah dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya. Anda tidak perlu mencipta teknik atau kaedah baru.
Jadikan diri sebagai duta perniagaan
Sekiranya kita melihat perniagaan-perniagaan yang berjaya, kebanyakannya sedia mempunyai seorang personaliti, contoh, Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.
Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, jadikan diri anda “personaliti” dan “duta” kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah berhubung dengan “orang” berbanding dengan produk, perkhidmatan atau perniagaan.
Steve Jobs sebagai duta produk sendiri - Ipad!
1. Langkah pertama untuk menjadi “personaliti” kepada perniagaan kita adalah pastikan perniagaan yang kita jalankan “ngam” dengan diri kita sendiri. Maksudnya, sekiranya jual produk kesihatan, pastikan diri kita sedia sihat tubuh badan. Kalau jual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik juga. Kalau jual produk IT, pastikan diri kita tak pula buta IT! Dapatkan produk yang terbaik untuk diri kita… yang paling ngam!
2. Langkah kedua dan amat penting adalah, asahkan skil komunikasi anda, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang anda jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita ingin niagakan. Sehingga perniagaan dan komunikasi anda menjadi sebati.
Jadilah “duta” kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!
Rekacipta logo untuk perniagaan kecil anda
Rekacipta logo memainkan peranan yang penting dalam perniagaan. Simbol yang kecil yang diberi nama ‘logo’ boleh memberi impak yang besar pada perniagaan. Lihat sahaja jenama-jenama terkenal di dunia, semuanya mempunyai logo. Tanpa logo, tiada lah jenama.
Berikut adalah 3 tip rekacipta logo untuk perniagaan anda
• Pastikan rekacipta logo anda adalah profesional. Logo yang tidak profesional akan memberi tanggapan tidak profesional kepada perniagaan anda. Logo merupakan hubungan pertama antara pelanggan dan jenama anda.
• Rekacipta logo perlu mudah dan tidak terlalu kompleks. Sekali lagi, fikirkan logo-logo yang terkenal, kesemuanya mempunyai ciri rekacipta dan bentuk yang mudah (simple)
• Hadkan warna untuk logo ciptaan anda. Logo-logo popular kebanyakannya hanya menggunakan 2-3 warna sahaja. Ini memudahkan orang mengingati logo tersebut.
Simbol yang kecil, tetapi memberi impak yan gbesar kepada apa sahaja perniagaan. Pastikan anda mempunyai LOGO untuk perniagaan atau perkhidmatan anda, tak kira walaupun anda one-man-show
Ingat, syarikat gergasi HP yang mempunyai logo mudah, hanya bermula sebagai one-man-show
Cara menjadi popular dalam perniagaan
Menjadi popular tidak semestinya untuk industri hiburan sahaja. Perniagaan juga perlu menjadi popular untuk menarik pelanggan yang ramai. Pendek kata, lagi popular sesuatu perniagaan, lagi mudah menarik pelanggan- seperti industri hiburan!
Untuk menetahui cara menjadi popular, “MASA” memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Sememangnya sering kita dengar kisah-kisah “over-night sensation” (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.
Dengan menggunakan elemen “Masa”, kita dapat membina populariti perniagaan dan juga jenama kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.
Lihat contoh-contoh di bawah:
• Justin Beiber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007!
• Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006!
• Saya juga mendapat populariti bukan secara mendadak, tetapi telahmenulis blog sejak 2006!
Untuk membina jenama perniagaan kita, fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda!
Kadang kala di atas, kadang kala di bawah
Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke atas sahaja kita perlu tuju.
Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup, karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuh tersungkir dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.
Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik
Welcome, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan to My Blog
Banana Cocoa Roll adalah nama baru yang diberikan oleh MHSB untuk produk IKS yang dikomersialkan. Nama tradisional produk ini ialah kerepek pisang gulung bersira. Pihak MHSB bersama usahawan IKS coklat membuat perubahan resepi dengan menyadurkannya dengan coklat premium dan menjadikan produk ini bertambah enak dan naik dari segi nilai tambahnya. Dengan inovasi resepi yang baru ini maka produk ini dinamakan sebagai Banana Cocoa Roll.
Dengan kerangupannya dan berperisa coklat, Banana Cocoa Roll ini akan membuatkan anda tidak berhenti mengunyah apabila mula memakannya. Daripada "Food Survey Test" yang kami lakukan, rata-rata yang mencuba produk ini mengatakan inilah makanan ringan yang betul-betul "Layan" bila kita menikmatinya. Jika anda penggemar coklat, nahhh...pastikan anda menyimpannya di rumah atau di pejabat anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan