Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua bagaimana nak
berniaga di Facebook:)
Salah satu punca kegagalan dalam menjual produk di Facebook
adalah kerana usahawan dan peniaga tidak begitu jelas sasaran pelanggan mereka.
Untuk memastikan proses pemasaran tidak sia-sia, kita perlu
sejelasnya 'mengenali' siapakah pelanggan yang setepatnya. Kita tidak boleh promosikan secara umum begitu sahaja kerana tidak semua orang sesuai atau memerlukan produk yang kita jual.
Sasaran pelanggan kita haruslah tepat dan menumpu. Contohnya, jika kita menjual pakaian muslimah, pakaian itu lebih sesuai untuk siapa? Katakan pakaian itu lebih sesuai untuk wanita muslimah yang berumur 25 hingga 35 tahun dan bekerjaya. Maka itulah sasaran kita yang sebenar.
Bagaimana cara untuk mengetahui siapakah sasaran kita yang
sebenar?
1. Senaraikan tujuan, kelebihan dan fungsi produk yang dijual. Daripada senarai itu, kita akan mula tahu siapa yang lebih sesuai untuk menggunakan produk tersebut.
2. Kita sendiri yang takrifkan. Katakan kita menjual minuman
kesihatan yang baik untuk kecergasan sama ada wanita ataupun
lelaki. Walaupun ia sesuai untuk lelaki dan wanita, kita boleh lakukan pemasaran dengan menumpu kepada satu jantina sahaja dan untuk golongan berumur tertentu sahaja. Ini boleh dilakukan melalui mesej promosi kita seperti ayat iklan.
Kesimpulan
Sebelum kita mula melakukan pemasaran dan promosi, kita perlu jelas dengan sasaran pelanggan yang kita mahukan. Daripada situ, barulah kita mudah untuk mendapat jualan kerana mesej iklan yang kita tulis (sampaikan) adalah terus tepat dan mengena.
Welcome, Selamat Datang, Ahlan Wasahlan to My Blog
Banana Cocoa Roll adalah nama baru yang diberikan oleh MHSB untuk produk IKS yang dikomersialkan. Nama tradisional produk ini ialah kerepek pisang gulung bersira. Pihak MHSB bersama usahawan IKS coklat membuat perubahan resepi dengan menyadurkannya dengan coklat premium dan menjadikan produk ini bertambah enak dan naik dari segi nilai tambahnya. Dengan inovasi resepi yang baru ini maka produk ini dinamakan sebagai Banana Cocoa Roll.
Dengan kerangupannya dan berperisa coklat, Banana Cocoa Roll ini akan membuatkan anda tidak berhenti mengunyah apabila mula memakannya. Daripada "Food Survey Test" yang kami lakukan, rata-rata yang mencuba produk ini mengatakan inilah makanan ringan yang betul-betul "Layan" bila kita menikmatinya. Jika anda penggemar coklat, nahhh...pastikan anda menyimpannya di rumah atau di pejabat anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan